AGENDA

Anak lelaki bongsu Trump dijangkiti Covid-19

15 Okt 2020, 3:41 AM
Anak lelaki bongsu Trump dijangkiti Covid-19

WASHINGTON, 15 OKT: Barron Trump, anak lelaki bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pula dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Isteri Trump, Melania mengesahkan perkara itu pada Rabu dan kenyataan mengenainya dimuat naik dalam blog Rumah Putih.

Trump dan Melania disahkan dijangkiti virus itu pada 3 Oktober lalu.

Agensi Anadolu melaporkan Barron pada awalnya diuji negatif tetapi hasil saringan berikutnya mendapati beliau positif Covid-19.

"Ketakutan saya menjadi kenyataan. Nasib baik dia masih remaja, kuat dan tidak menunjukkan sebarang gejala," kata Melania.

Trump ketika ditanya mengenai keadaan anaknya sebelum meninggalkan Rumah Putih untuk menghadiri kempen pilihan raya, berkata Barron berada dalam keadaan "baik-baik saja."

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.