NEW DELHI, 25 MAC: India mengumumkan perintah "lockdown" selama 21 hari bermula tengah malam Selasa, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang kini mencecah 500 orang.
NEW DELHI, 24 MAC: Pesawat yang membawa 189 lagi rakyat Malaysia yang terkandas di India, berlepas dari Chennai dengan penerbangan khas AirAsia pada Selasa.
GENEVA, 24 MAC: Lebih 300,000 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dan pandemik semakin pantas merebak, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.
BANGKOK, 23 MAC: Thailand telah mengesahkan 122 kes positif Covid-19 yang baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu di negara tersebut setakat ini ialah 721.
SINGAPURA, 22 MAC: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan 23 kes baharu positif Covid-19 di republik itu, meningkatkan jumlahnya kepada 455.
JAKARTA, 22 MAC: Langkah tambahan kawalan dan perbatasan pergerakan akan dikuat kuasa selama dua minggu mulai esok ke atas kota Jakarta, kawasan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 di Indonesia ketika ini.
SHAH ALAM, 22 MAC: Itali mencatatkan kematian tertinggi di dunia iaitu hampir 5,000 orang susulan penularan Covid-19, selepas 793 kematian lagi dilaporkan setakat semalam.
WUHAN, 21 MAC: Tiada kes baharu dilaporkan di Wuhan untuk tiga hari berturut-turut, selepas bandar terletak di wilayah Hubei, China itu bertarung selama sebulan untuk memerangi wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
SINGAPURA, 21 MAC: Singapura merekodkan dua kematian pertama akibat Covid-19 hari ini.
SHAH ALAM, 21 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi mesej kepada belia bahawa golongan itu 'tidak kebal' daripada dijangkiti Covid-19.
GENEVA, 21 MAC: Sebanyak 17,506 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Eropah dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 104,591, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.
SINGAPURA, 20 MAC: Singapura mencatat 40 lagi kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 385 di republik ini, kata Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatannya Kenneth Mak.
SINGAPURA, 20 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan kes tempatan baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di republik ini, menjadikan jumlahnya 345 kes.
JAKARTA, 19 MAC: Kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak Covid-19 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa esok.
JAKARTA, 19 MAC: Jumlah kematian akibat virus Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang hari ini.
GENEVA, 19 MAC: Ujian kinikal vaksin pertama novel koronavirus (Covid-19) telah bermula, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu.
SHAH ALAM, 19 MAC: Sebanyak 219,338 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia sehingga jam 1 tengah hari, hari ini, lapor laman web Worldometer.
LONDON, 19 MAC: Perkhidmatan rangkaian kereta api bawah tanah London ditutup sebahagiannya, lapor agensi berita Anadolu, memetik Transport London pada Khamis.
SHAH ALAM, 19 MAC: Himpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia yang dijadualkan berlangsung 19 hingga 22 Mac di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia, dibatalkan.
BEIJING, 19 MAC: China hari ini buat kali pertama mengesahkan tidak ada kes domestik baharu selepas wabak Covid-19 menular di negara itu pada Januari lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.