ad
AGENDA

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun

9 Sep 2022, 12:02 AM
Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun

LONDON, 9 SEPT: Raja Britain paling lama berkhidmat, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, umum Istana Buckingham pada Khamis.

“Ratu mangkat di Balmoral petang ini. Jasad baginda akan dibawa ke London esok,” menurut pihak istana, lapor Agensi Anadolu.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan Ratu Elizabeth II berada di bawah "penyeliaan perubatan" di Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.