ad
AGENDA

Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Banten, gegar hingga Jakarta

9 Okt 2022, 1:14 PM
Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Banten, gegar hingga Jakarta

JAKARTA, 9 OKT: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda dasar laut Banten, Pulau Jawa pada Ahad, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa berlaku pada 5.02 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 26km barat daya Lebak, Banten pada kedalaman 12 km.

Gegaran turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 131 km dari pusat gempa.

BMKG menerusi Twitter rasminya memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan. - BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.