KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,898 orang setakat 8 pagi ini berbanding 8,066 orang 8 malam tadi.
SHAH ALAM, 22 SEPT: Insentif RM1 ditawarkan Kerajaan Negeri bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya (pleco) di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat sepanjang September.
PUTRAJAYA, 22 SEPT: Isu berkaitan doktrin fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dibincang oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di beberapa negeri semalam, menjadi satu lagi bukti penting bahawa organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.
SHAH ALAM, 22 SEPT: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.
ALOR SETAR, 21 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan menentukan sesi persekolahan bagi sekolah di Kedah yang terjejas akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).
KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Otai reformasi dan pejuang muda Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengingati asas penubuhan parti selain tidak lalai dengan kuasa yang dipegang.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Puluhan individu dipercayai pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dari Pusat Perniagaan GISBH, Bandar Country Homes, Rawang, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
PUTRAJAYA, 21 SEPT: Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ketujuh, untuk tempoh dua tahun mulai 23 Sept 2024 hingga 22 Sept 2026.
KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Pelbagai sejarah dan memori dilalui Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sepanjang 26 tahun gerakan reformasi termasuk siri pengkhianatan bekas kepimpinannya.
KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan peningkatan pagi ini dan Pulau Pinang pula mencatatkan penurunan manakala di Perlis, Selangor dan Perak jumlah mangsa kekal seperti malam tadi.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Program Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat menghimpunkan pimpinan dan ribuan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Stadium Axiata Bukit Jalil, di sini malam tadi.
NEW YORK, 21 SEPT: Timbalan Pengarah Eksekutif Unicef Ted Chaiban semalam menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
KUALA LUMPUR: Perdana menteri mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan sempena Karnival Jelajah Jobcare 2024 peringkat daerah Gombak, hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Belanjawan 2025 yang dibentang pada 18 Oktober depan menekankan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi, kata perdana menteri.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima tempat hari ini.
SONGKHLA, 19 SEPT: Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand hari ini mengingatkan pengembara Malaysia untuk sentiasa peka terhadap kemungkinan kesan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu di negara ini.
KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Penentuan nasab sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) menerusi Op Global pada 11 Sept lepas adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri.
KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Pasukan Selangor FC memulakan kempen kejohanan sulung Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) dengan seri 1-1 menentang wakil Thailand, Muangthong United FC dalam saingan kumpulan H hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.