ad
BERITA UTAMA

Tangkap ikan bandaraya setiap hujung minggu, dapat RM1 setiap kg

22 Sep 2024, 1:00 AM
Tangkap ikan bandaraya setiap hujung minggu, dapat RM1 setiap kg
Tangkap ikan bandaraya setiap hujung minggu, dapat RM1 setiap kg
Tangkap ikan bandaraya setiap hujung minggu, dapat RM1 setiap kg
Tangkap ikan bandaraya setiap hujung minggu, dapat RM1 setiap kg

SHAH ALAM, 22 SEPT: Insentif RM1 ditawarkan Kerajaan Negeri bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya (pleco) di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat sepanjang September.

Jadual tangkapan ditetapkan pada setiap Sabtu dan Ahad melibatkan tarikh 1, 7, 8, 14, 15, 21, 22, 28 dan 29 September, bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata peserta program mesti warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan hanya dibenarkan menangkap ikan di kawasan ditetapkan.

“Peserta wajib membawa kad pengenalan termasuk peralatan sendiri. Pihak urus setia juga tidak bertanggungjawab atas risiko keselamatan dan kesihatan peserta.

“Waktu pendaftaran dari 8 hingga 10 pagi. Untuk maklumat lanjut hubungi 011-1500 2708 (Haziq) dan 012-911 2194 (Amli),” katanya menerusi Facebook.

Insentif tangkapan ikan bandaraya diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Ogos lalu sebagai langkah mengurangkan populasi yang menjadi antara penyebab runtuhan tebing sungai dan ban.

Pada 9 Jun, Izham berkata enakmen melarang pelepasan ikan asing yang dikategorikan sebagai pemangsa bakal dikuat kuasa tahun ini untuk memulihara sungai dan ekosistem spesies tempatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.