SHAH ALAM, 9 NOV: Wakil rakyat di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mengangkat plakad 'Hentikan Keganasan, Hormat Wanita' sebagai simbolik sokongan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita 2020.
KUALA LUMPUR, 9 NOV: Empat pengarah syarikat sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan melepaskan bahan buangan daripada premis itu ke dalam Sungai Kundang, Rawang tanpa lesen.
SHAH ALAM, 6 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2021 tidak mengambarkan strategi untuk melonjakkan semula ekonomi negara.
SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 1,900 pegawai bomba bantuan menerima kenaikan kadar elaun dari RM6 kepada RM8 sejam mulai Januari depan.
SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan perkenal pas perjalanan bulanan tanpa had berharga RM5 untuk pelajar tahun satu hingga tingkatan enam termasuk orang kelainan upaya (OKU).
SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan sekali bayar (one-off) sebanyak RM500 yang memberi manfaat kepada 70,000 petugas agama.
KUALA LUMPUR, 6 NOV: Bekalan susu dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan disediakan setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 1.5 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun bakal menerima bantuan sekali bayar (one-off) berjumlah RM50 melalui Program e-Belia.
SHAH ALAM, 6 NOV: Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 yang mempunyai lebih dua anak akan menerima bantuan RM1,800 melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan memperuntuk RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga Covid-19, kata menteri kewangan.
SHAH ALAM, 6 NOV: Kira-kira 100,000 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal menerima bantuan sekali bayar (one-off) berjumlah RM500 sebagai menghargai jasa mereka memerangai pandemik Covid-19.
SHAH ALAM, 6 NOV: Ban tanah dibina di sistem saliran berhampiran kawasan kemalangan lori membawa muatan minyak sawit, dekat Bandar Ainsdale ke Nilai bagi menghalang pencemaran Sungai Jerangkang dan Sungai Batang Labu.
SHAH ALAM, 6 NOV: Tanah seluas 1,055.27 ekar milik Kerajaan Negeri diceroboh untuk kegiatan pertanian, pembuangan sampah dan pembinaan struktur rumah.
SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan Negeri mengkaji untuk mewajibkan hanya satu syarikat dibenar mengutip sampah industri dan pembinaan bagi mengelakkan ia dibuang secara haram.
SHAH ALAM,6 NOV: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera susulan berlaku kemalangan melibatkan lori membawa minyak sawit di KM276.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi tadi.
SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 4,900 warga kerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalani saringan Covid-19 secara berperingkat mulai semalam di ibu pejabat dan semua pejabat wilayah.
SHAH ALAM, 6 NOV: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya bakal menganjurkan karnival kerjaya membabitkan penyertaan lebih 100 syarikat kecil dan sederhana (IKS) serta organisasi.
SHAH ALAM, 6 NOV: Polis boleh menangkap dan mengenakan tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menggunakan pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman.
KUALA LUMPUR, 6 NOV: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat hajat.
SHAH ALAM, 5 NOV: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) memperuntuk RM195.5 juta untuk melaksanakan program berkaitan pendigitalan tahun depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.