ad
AGENDA

Petugas KKM terima sekali bayar RM500, elaun khas RM600 diteruskan

6 Nov 2020, 9:06 AM
Petugas KKM terima sekali bayar RM500, elaun khas RM600 diteruskan

SHAH ALAM, 6 NOV: Kira-kira 100,000 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal menerima bantuan sekali bayar (one-off) berjumlah RM500 sebagai menghargai jasa mereka memerangai pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan berkata elaun khas bernilai RM600 bermula Mac lalu juga akan diteruskan sehingga ancaman virus ini berjaya diatasi.

"Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak Covid-19 ini," kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.