AGENDA

Covid-19: 1,345 kes sembuh, tertinggi setakat ini

9 Nov 2020, 10:30 AM
Covid-19: 1,345 kes sembuh, tertinggi setakat ini
Covid-19: 1,345 kes sembuh, tertinggi setakat ini

SHAH ALAM, 9 NOV: Kes sembuh Covid-19 meningkat hari ini dengan 1,345 kes, jumlah tertinggi setakat ini selepas mencatatkan kes pulih 1,029 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu juga meningkat kepada 972 kes serta lapan kematian.

"Pecahan kes sembuh ialah 967 di Sabah, diikuti Selangor (235 kes), Negeri Sembilan (63 kes), Labuan (48 kes) dan Pulau Pinang (17 kes).

"Selain itu, Sarawak turut merekodkan 7 kes sembuh diikuti Kedah (2 kes), Perak (2 kes), Melaka (2 kes) dan Kelantan (2 kes)," katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham menambah Sabah mencatatkan 370 kes daripada keseluruhan kes positif, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,308.

"Sehingga kini, terdapat 86 kes positif yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.