KUALA LUMPUR, 20 JAN: Pejabat satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di Cyberjaya ditutup sementara mulai hari ini hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.
KUALA LUMPUR, 20 JAN: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin memohon penangguhan bayaran balik pinjaman perbadanan itu boleh mengemukakan permohonon melalui portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik mulai 20 Jan hingga 31 Mac.
SHAH ALAM, 20 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang kain rentang di beberapa lokasi bagi mendidik masyarakat supaya memberi makan kepada haiwan terbiar secara bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Skuad Harimau Malaya boleh menarik lafas lega apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membenarkan mereka mengadakan latihan pusat menggunakan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dalam masa terdekat.
SINGAPURA, 19 JAN: Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Isnin.
SHAH ALAM, 19 JAN: Sebuah pusat cuci kereta di Selayang disita selepas beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
IPOH, 19 JAN: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan beliau positif Covid-19 menerusi ujian calitan yang dibuat semalam.
SHAH ALAM, 19 JAN: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
JOHOR BAHRU, 19 JAN: Tiga penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor direman lima hari hingga 23 Jan ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kartel daging sejuk beku import pada awal Disember lalu.
SHAH ALAM, 19 JAN: Kampus utama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya dalam keadaan selamat selepas kejadian tanah mendap berhampiran lombong di Kuala Selangor pada Sabtu lalu.
Oleh Shanika Abdullatib KUALA LUMPUR, 19 JAN: Bayangkan Perindopril 4mg Tablet yang diambil oleh penghidap darah tinggi untuk mengawal tekanan darah tinggi dan harganya sekadar RM1.08 - berdasarkan harga runcit yang disyorkan per unit (SKU) melalui paparan di laman web...
SHAH ALAM, 18 JAN: Basikal, peralatan sukan dan barangan elektrik laris dijual sepanjang kempen e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega yang berlangsung Oktober hingga Disember tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Polis menahan tiga lelaki tempatan menyamar polis dan disyaki menjalankan kegiatan samun sekitar Taman Melawati dan Ampang Jaya Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes Covid-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah Proklamasi Darurat.
PUTRAJAYA, 19 JAN: Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara sekali bayar (one-off) sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), boleh dibuat menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).
SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menunda pembukaan pasar pagi dan tani di bawah pentadbirannya susulan peningkatan kes Covid-19.
SHAH ALAM, 17 JAN: Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mewujudkan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 17 JAN: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini.
PUTRAJAYA, 17 JAN: Sebuah kilang pembuatan dan penjualan cat di Taman Industri Nautical di Rawang, Selangor disyaki melepaskan efluen terlarang ke dalam loji rawatan kumbahan milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
SHAH ALAM, 17 JAN: Sepang pula menjadi daerah paling tinggi merekodkan jangkitan harian Covid-19 dengan 353 kes.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.