AGENDA

Pakej Kita Selangor contoh bantuan kerajaan utamakan rakyat - Anwar

20 Jan 2021, 9:36 AM
Pakej Kita Selangor contoh bantuan kerajaan utamakan rakyat - Anwar

SHAH ALAM, 20 JAN: Dato' Seri Anwar Ibrahim menganggap Pakej Kita Selangor yang diumumkan Dato' Menteri Besar sebagai teladan baik sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat.

Ketua pembangkang berkata bantuan yang diumumkan Dato' Seri Amirudin Shari itu bersifat menyeluruh terutama membabitkan petugas barisan hadapan.

"Saya tertarik bila menteri besar umumkan beberapa pakej tambahan. Ia satu teladan baik yang menunjukkan tindakan menyeluruh.

"Apa masalah rakyat? Selangor berikan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan, bakul makanan kepada rakyat, membatalkan pinjaman pelajaran Yayasan Selangor dan beberapa inisiatif lain," katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Hari ini, Kerajaan Selangor mengumumkan Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pelan dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.