SHAH ALAM, 20 JAN: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyediakan 10 pautan Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) mengikut daerah kepada bakal pengantin.
Pengarah Mohd Shahzihan Ahmad berkata beliau mengalu-alukan pasangan di negeri ini memohon kursus itu dengan melayari laman sesawang yang diberikan.
"Kursus secara dalam talian ini bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu selaras dengan pembudayaan norma baharu susulan pandemik Covid-19.
"Alhamdulillah, sejak dilancar sambutan diterima amat memberangsangkan tetapi kita utamakan siapa yang memohon terlebih dahulu," katanya kepada SelangorKini.
Kursus setiap Sabtu dan Ahad mempunyai dua sesi iaitu 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 6 petang dengan maksimum 250 peserta.
Mereka boleh merujuk tatacara lengkap berkaitan pelaksanaan KPPI dalam talian di laman web http://www.jais.gov.my, Facebook dan Instagram jabatan.agama.islam.selangor.
Berikut 10 pautan yang boleh dilayari mengikut daerah:
1. Bahagian Undang-undang Keluarga
2. Pejabat Agama Islam Daerah Petaling
3. Pejabat Agama Islam Daerah Klang
4. Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
5. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
http://www.kursuskahwinpaid.com
6. Pejabat Agama Islam Daerah Sepang
7. Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat
8. Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor
9. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor
https://bit.ly/kursuskahwinhuluselangor
10. Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam



