JAKARTA, 20 MAC: Indonesia menyediakan 404 pesawat bagi menyokong perjalanan pulang Aidilfitri 2025, menurut kenyataan daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam di bawah Kementerian Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.
KUCHING, 20 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 12 lokasi berisiko berlaku kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena Aidilfitri akan datang.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral - Butterworth dan sebaliknya serta KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.
SHAH ALAM, 20 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi, hari ini.
SHAH ALAM, 19 MAC: Penjawat awam negeri menerima tambahan setengah gaji melalui Insentif Rekod Hasil Negeri, menjadikan keseluruhan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebulan setengah gaji.
SUBANG, 19 MAC: Plus Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan lebih 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya kendaliannya setiap hari pada hari puncak sempena Aidilfitri ini.
SHAH ALAM, 19 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidilfitri yang menawarkan barangan asas dengan harga berpatutan dianjur pada 26 hingga 28 Mac ini.
JOHOR BAHRU, 19 MAC: Seorang warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan.
KUALA LUMPUR, 19 MAC: Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah melaksanakan solat hajat secara berterusan sebagai doa kepada rakyat Palestin sepanjang baki Ramadan.
Oleh Intan Syuhada Akhir Air mata Nora Danish tumpah berkali-kali setelah gagal menghafal ayat al-Quran. Beliau berusaha menghafal surah al-Mulk tetapi berasa terlalu payah meski anak kelahiran Terengganu itu melakukannya bersungguh-sungguh sejak September tahun lalu. Usaha pelakon Polis...
Oleh Ufairah Tarmidzi GOMBAK, 19 MAC: Seramai 250 asnaf, 102 anak yatim serta 20 petugas barisan hadapan menerima sumbangan duit dan keperluan asas sempena Aidilfitri di sini, semalam. Dato’ Menteri Besar berkata sumbangan itu merupakan hasil pemberian kariah Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri...
SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Selangor berpendirian tegas terhadap kesalahan lelaki menyerupai wanita mengikut fatwa yang diwartakan Jabatan Mufti negeri.
PUTRAJAYA, 19 MAC: Malaysia Airlines mengesahkan bahawa Penerbangan MH720 dalam perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur telah mengaktifkan respons kecemasan susulan petunjuk kebakaran di ruang kargo.
KAJANG, 19 MAC: Sumbangan duit raya disampaikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor memberi kegembiraan asnaf yang bakal menyambut Syawal yang bakal menjelma dua minggu lagi.
GUA MUSANG, 19 MAC: Laluan di Kilometer (KM) 78 Gua Musang-Lojing, berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, yang mengalami tiga lubang benam, akan dibuka kepada kenderaan ringan sebelum 28 Mac ini bagi memudahkan perantau pulang berhari raya.
SHAH ALAM, 19 MAC: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima tempat pagi ini.
CHUKAI, 16 MAC: Seorang wanita mengalami kerugian RM50,550 selepas terperdaya dengan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud.
GEORGE TOWN, 16 MAC: Seorang anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) cedera, manakala seorang lagi patah kaki ketika operasi pemadaman api dalam kebakaran melibatkan dua kilang dan sebuah premis di Jalan Patani di sini hari ini.
GOMBAK, 16 MAC: Sejumlah RM15,250 diperuntuk bagi sumbangan Bakul Rahmah dan duit raya kepada ibu tunggal, anak yatim dan anak istimewa sekitar Selangor.
PENGKALAN HULU, 16 MAC: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah bersedia untuk sekolah berasrama penuh (SBP) menerima 70 peratus daripada pelajarnya memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun hadapan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.