KUALA LUMPUR, 7 DIS: Situasi banjir di Kelantan, Kedah, Johor dan Melaka semakin pulih apabila jumlah mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri itu terus berkurangan malam ini berbanding petang tadi, namun keadaan di Perak menyaksikan sedikit peningkatan bilangan mereka yang terjejas bencana itu.
SHAH ALAM, 7 DIS: Seorang guru Tabika KEMAS di Sri Gading, di sini, meninggal dunia hari ini selepas lima hari tidak sedarkan diri akibat dipatuk ular tedung hitam.
ALOR SETAR, 7 DIS: Pesawah di seluruh negara disarankan mendaftar dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) bagi membolehkan mereka mendapat faedah pampasan sekiranya tanaman terkesan bencana termasuk banjir.
PASIR MAS, 7 DiS: Peniaga di Rantau Panjang di sini mula melelong barangan jualan yang ditenggelami banjir seperti perabot, peralatan dapur dan pakaian dengan memberikan diskaun hingga 80 peratus.
PUTRAJAYA, 7 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Hulu Langat di Selangor hingga 1 pagi.
GOMBAK, 7 DIS: Kerajaan Negeri mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengesan pemilik kilang tanpa kebenaran (KTK) yang belum menyertai program pemutihan.
KUALA LUMPUR, 7 DIS: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang penyanyi rap wanita tempatan dirakam secara rahsia ketika serbuan oleh Bahagian Operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lepas.
ALOR SETAR, 7 DIS: Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sejak 29 Nov lepas berikutan daerah Kota Setar dilanda bencana banjir, dijangka dibuka dan beroperasi semula Isnin ini.
PHNOM PENH, 7 DIS: Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia Pau Marti Vicente sedar bahawa perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mereka bertemu Kemboja bukanlah sesuatu yang mudah, kerana pasukan tuan rumah mempunyai pasukan yang seimbang dan berkualiti.
GOMBAK, 7 DIS: Sejumlah RM6 juta diperuntuk bagi melaksanakan program kutipan alam sekitar di 12 pihak berkuasa tempatan di negeri ini.
BUKIT MERTAJAM, 7 DIS: Malaysia mempunyai kekuatan dalam industri halal dan ia perlu diperluas melangkaui aspek pensijilan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TUMPAT, 7 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.
PETALING JAYA, 6 DIS: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak semula pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu bermula 8 hingga 11 Disember.
SHAH ALAM, 5 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda dua daerah di negeri ini iaitu Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 6 petang.
SHAH ALAM, 5 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mencadangkan mahkamah khas untuk mempercepatkan perbicaraan serta hukuman berkaitan kes rasuah.
SHAH ALAM, 5 DIS: Hukuman berat perlu dikenakan terhadap pembuli bagi membendung salah laku tersebut di sekolah dan universiti, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
PUTRAJAYA, 5 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
SHAH ALAM, 5 DIS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan pembiayaan khas RM3,000 kepada peserta Platform Selangor (U-PLATS) yang memerlukan modal tambahan dalam perniagaan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.