SHAH ALAM, 25 JAN: Polis Selangor mengesahkan menerima satu laporan berhubung tiga lelaki disyaki warga asing mengalami kecederaan dipercayai kesan tembakan pada anggota badan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang semalam.
KUALA LUMPUR, 25 JAN: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
SHAH ALAM, 25 JAN: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma di Surau Al-Ansor, Seksyen 2 di sini, mulai 9 pagi hingga 3 petang pada 2 Februari ini.
KOTA BHARU, 25 JAN: Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dan sebuah Perodua Alza di Jalan Kuala Krai-Gua Musang awal pagi tadi.
PETALING JAYA, 25 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor menyertai inisiatif Rangkaian Global untuk Bandar dan Komuniti Mesra Usia (GNAFCC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
KUALA LUMPUR, 25 JAN: Perancangan pembangunan bandar di Malaysia perlu mempertahankan identiti negara ini terutamanya dalam aspek kesenian dan kebudayaan, walaupun menggunakan teknologi canggih.
KOTA BHARU, 25 JAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penjualan rokok tidak bercukai dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.7 juta termasuk cukai menerusi tiga serbuan di Kota Bharu, Tumpat serta Tanah Merah pada semalam dan hari ini.
SHAH ALAM, 25 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi, hari ini.
PETALING JAYA, 23 JAN: PUMA Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya sebagai simbolik bermulanya era baharu bola sepak negara.
JOHOR BAHRU, 23 JAN: Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta merampas dadah bernilai RM3.68 juta dalam operasi khas di daerah ini minggu lepas.
SHAH ALAM, 23 JAN: Cadangan Selangor melaksanakan hari larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad dimuktamad pertengahan tahun ini.
Daripada Anas Abu Hassan DAVOS (Switzerland), 23 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penekanan terhadap potensi besar rantau ASEAN merupakan mesej utama yang disampaikan sempena kehadiran beliau di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini. Selaku...
BUKIT MERTAJAM, 23 JAN: Kaedah menyamar sebagai penumpang oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbukti berkesan dalam memastikan pemandu bas ekspres mematuhi undang-undang jalan raya.
SHAH ALAM, 22 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengagihkan sejumlah RM71.58 juta kepada pentadbiran negeri untuk program pembangunan ekonomi dan sosial pada tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat ketara mencecah 2.6 juta kederaan sehari menuju pantai timur, utara dan selatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Oleh Karina Imran & Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 JAN: Kualiti hidup rakyat Malaysia dijangka bertambah baik berikutan kenaikan gaji minimum bulan depan dan pelarasan gaji perkhidmatan awam. Kenaikan gaji terkini dalam perkhidmatan awam adalah antara usaha untuk memastikan...
DENGKIL, 22 JAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor, kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa@Mustapha.
KUANTAN, 22 JAN: Seorang penjawat awam direman enam hari hingga 27 Jan disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM10,000 melibatkan 41 tuntutan palsu sejak 2023.
ARAU, 22 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengutip RM122,000 menerusi penyelesaian 54 saman tertunggak melibatkan kenderaan dari Thailand dalam tempoh tiga bulan bermula Oktober 2024.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.