AGENDA

Banjir beberapa lokasi di Perak, 42 mangsa berlindung di pusat pemindahan

25 Jan 2025, 6:26 AM
Banjir beberapa lokasi di Perak, 42 mangsa berlindung di pusat pemindahan

IPOH, 25 JAN: Daerah Larut Matang dan Selama dilanda banjir pagi tadi menyebabkan 42 mangsa dari 15 keluarga terpaksa berlindung di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Simpang Halt.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan banjir disebabkan hujan lebat berterusan selama sejam pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kampung Simpang Halt dinaiki air.

“Melalui pantauan, keadaan air yang semakin naik menyebabkan satu PPS dibuka dan penduduk terpaksa dipindahkan,” kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak berada pada paras berjaga-jaga iaitu 3.25 meter berbanding paras normal 2.00 meter.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.