Badminton: Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia

26 Jan 2025, 10:47 AM
Badminton: Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia

SHAH ALAM, 26 JAN: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah tumpas kepada pasangan Korea Selatan, Kong Hee Yong-Kim Hye Jeon dalam perlawanan akhir Masters Indonesia, hari ini.

Kekalahan 12-21, 21-17, 18-21 itu adalah kekalahan kedua berturut-turut pasangan ketujuh dunia berkenaan kepada Hee Yong-Hye Jeon yang baru bergandingan tahun lalu.

Sebelum ini Hee Yong-Hye Jeon mengalahkan Pearly-Thinaah di separuh akhir Terbuka India, minggu lalu.

Keputusan turut menyaksikan Pearly-Thinaah terlepas habuan besar AS$37,525 (RM164,284) yang tersedia untuk juara dan berpuas hati membawa pulang AS$18,050 (RM79,022).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.