SERDANG, 18 OGOS: Polis menahan sepasang kekasih selepas disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran pelbagai dadah dianggar bernilai lebih RM1.2 juta di sekitar Lembah Klang, 10 Ogos lepas.
SEPANG, 18 OGOS: Tiga loji rawatan air (LRA) di Selangor melaksanakan kaedah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) sekali gus mengurangkan risiko henti tugas sekiranya berlaku pencemaran.
CYBERJAYA, 18 OGOS: Jabatan Imigresen menyerbu sarang sindiket pelacuran warga Afrika di sebuah kondominium di sini semalam serta menahan 10 wanita warga asing dalam operasi itu.
SHAH ALAM, 17 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan tiga daerah sehingga 7 malam ini.
KLANG, 17 OGOS: Program Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang adalah langkah menaik taraf daerah itu kepada bandar raya diraja menjelang 2030.
SHAH ALAM, 17 OGOS: Tiada kata mampu diluahkan pasangan suami isteri, Hairul Anuar dan Rozana Sulaiman apabila Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) memberi penghormatan menerima ijazah anak mereka yang meninggal dunia setahun lalu.
SHAH ALAM, 17 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 11 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad hoki lelaki negara atas kejayaan melakar sejarah muncul juara buat kali pertama pada Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 di Bangkok, semalam.
SHAH ALAM, 16 OGOS: Kerajaan Negeri mempelawa rakyat menyertai tinjauan umum bagi berkongsi pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan Selangor 2023.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Golongan yang masih kurang jelas berhubung Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) boleh mendapatkan maklumat lanjut di pusat khidmat masyarakat (PKM) di kawasan masing-masing.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Program kesihatan iM Booster menyasarkan golongan orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan rendah (B40) hadir menjalani saringan di Leisure Mall di sini.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter dikesan melanda Kundasang, Sabah pada 7.27 pagi ini.
PUTRAJAYA, 14 OGOS: Pembangunan sistem pelaporan berpusat bagi tujuan merekod markah pentaksiran pelajar sekolah merupakan antara elemen transformasi pendidikan yang bakal diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
SUBANG JAYA, 14 OGOS: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya dipelawa mengikut program Selangor Saring yang diadakan pada 28 Ogos ini.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Kerajaan Negeri mengalu-alukan inisiatif mengumpul kasut terpakai atau rosak untuk dikitar semula yang disifatkan lebih lestari berbanding dibuang ke tapak pelupusan sampah.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Kumpulan terakhir 284 jemaah haji Malaysia selamat pulang ke tanah air semalam, menandakan berakhirnya Operasi Musim Haji 1443H/2022M.
KUANTAN, 13 OGOS: Polis menahan tiga lagi lelaki yang disyaki terlibat menyerang petugas dan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lipis yang tular di media sosial sejak semalam, menjadikan semua lima suspek berjaya ditahan.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Sebanyak 200 ekor ayam habis dijual dalam tempoh tiga jam penganjuran Jualan Prihatin Rakyat di Pelabuhan Klang hari ini.
BATU PAHAT, 13 OGOS: Seorang warga emas berusia 79 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini, Rabu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.