AGENDA

Program sasar golongan OKU dan B40, beri kesedaran jaga kesihatan

14 Ogos 2022, 2:53 AM
Program sasar golongan OKU dan B40, beri kesedaran jaga kesihatan

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Program kesihatan iM Booster menyasarkan golongan orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan rendah (B40) hadir menjalani saringan di Leisure Mall di sini.

Pengasas iM Booster Dato' Dr Soo Kam Seong berkata program dua hari sehingga hari ini turut memberi tumpuan kepada golongan itu supaya mereka sedar kepentingan penjagaan kesihatan.

“Kita bawa 12 pempamer terdiri daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang terlibat dalam sistem penjagaan kesihatan.

“Antara saringan dibuat pempamer ialah pemeriksaan darah, tahap strok, Indeks Jisim Badan (BMI) dan mata. Kita jangka seramai 500 individu hadir mengikuti program kesihatan ini,” katanya kepada SelangorKini.

Tambahnya, selain program saringan, pihaknya juga menyediakan seminar kesihatan kepada peserta yang hadir.

“Oleh demikian, kita saran orang ramai untuk hadir ke program secara percuma ini selama dua hari sehingga esok (hari ini),” katanya.

Program dianjurkan di Leisure Mall itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat kepentingan menjaga kesihatan khususnya dalam meningkatkan imuniti badan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.