KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Polis menahan enam lelaki warga asing di Metro Prima di sini Khamis lepas, yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah pejabat dan melarikan sejumlah mata wang asing bernilai RM50,000 di Wangsa Melawati, di sini, awal bulan ini.