ad
AGENDA

Hujan, ribut petir diramal petang Jumaat dan Sabtu di Selangor, KL

19 Apr 2023, 6:49 AM
Hujan, ribut petir diramal petang Jumaat dan Sabtu di Selangor, KL
Hujan, ribut petir diramal petang Jumaat dan Sabtu di Selangor, KL
Hujan, ribut petir diramal petang Jumaat dan Sabtu di Selangor, KL

SHAH ALAM, 19 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal hujan dan ribut petir di Selangor pada petang Jumaat (21 Ogos) dan Sabtu.

Bagaimanapun, tiada hujan pada pagi dan petang kedua-dua hari berkenaan. Keadaan sama berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perayaan Aidilfitri dijangka disambut pada salah satu hari berkenaan, tertakluk kepada pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada esok.

"Pastikan anda memantau perkembangan cuaca terkini di aplikasi myCuaca dan laman sesawang rasmi MetMalaysia," menurut MetMalaysia di Twitter hari ini.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan itu menerusi media sosial MetMalaysia seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Untuk negeri lain, rujuk poster di bawah:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.