BANGI, 24 SEPT: Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 melabuhkan tirainya secara rasmi pada satu majlis cukup meriah menandakan tamatnya temasya sukan dwitahunan itu dengan kontinjen Johor dinobatkan selaku juara keseluruhan.
SHAH ALAM, 24 SEPT: Kerajaan Negeri berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Selangor yang berjaya membawa pulang 31 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang berakhir hari ini.
SHAH ALAM, 24 SEPT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa Jabatan Peguam Negara meneliti alasan penghakiman dan memfailkan rayuan terhadap keputusan kes rasuah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
SHAH ALAM, 24 SEPT: Kerajaan Negeri menyumbang RM10,000 kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh sebagai tanda penghargaan atas jasa dan bakti memelihara keamanan negara.
SHAH ALAM, 24 SEPT: Selangor FC hari ini mengumumkan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bagi menghadapi Liga Super musim hadapan.
PETALING JAYA, 24 SEPT: Hampir separuh daripada RM1.5 juta peruntukan khas bencana akan digunakan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk persediaan mendepani kejadian banjir hujung tahun ini.
KAJANG, 24 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan terus proaktif mengesan individu dan keluarga yang layak didaftarkan sebagai golongan asnaf di negeri itu menerusi program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK).
SHAH ALAM, 24 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat meneruskan program jualan murah ke sembilan lagi lokasi esok dengan membawa barangan keperluan harian.
PETALING JAYA, 24 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk hampir RM8 juta kepada institusi agama Islam sepanjang 2019 hingga tahun ini.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam kekal pada paras 2,000 dengan 2,245 kes iaitu sedikit meningkat berbanding 2,111 pada Rabu.
BATU PAHAT, 23 SEPT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat 8 pagi tadi.
SUBANG JAYA, 23 SEPT: Petaling kini menjadi daerah di negeri ini yang memiliki pusat ibadah Islam terbanyak dengan 90 masjid dan 406 surau.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Tumpuan akan terarah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa pagi ini untuk keputusannya sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
SHAH ALAM, 23 SEPT: Tourism Selangor sekali lagi menyertai Ekspo Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHX) 2022 di Medan Indonesia mulai semalam hingga Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Malaysia sekali lagi menjadi igauan ngeri buat Thailand apabila skuad Harimau Malaya melakar kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Kejohanan Piala Raja Thailand yang berlangsung Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai malam tadi.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam hingga 6 petang ini.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah susulan penahanan lima lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM20.56 juta, hasil beberapa serbuan di sekitar Selangor pada 13 dan 15 September lepas.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 3 petang ini.
SHAH ALAM, 21 SEPT: Golongan kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah dipelawa memohon baucar membeli-belah sempena Deepavali sehingga 26 September ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.