ad
AGENSI

Tourism Selangor sertai ekspo di Indonesia, yakin kembangkan pelancongan kesihatan

23 Sep 2022, 12:30 AM
Tourism Selangor sertai ekspo di Indonesia, yakin kembangkan pelancongan kesihatan

SHAH ALAM, 23 SEPT: Tourism Selangor sekali lagi menyertai Ekspo Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHX) 2022 di Medan Indonesia mulai semalam hingga Ahad ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata program anjuran Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MTHC) itu menjadikan sektor kesihatan sebagai cabang baharu industri pelancongan sekali gus menarik lebih ramai pengunjung.

“Selangor mempunyai 46 hospital dan pusat kesihatan lengkap dengan peralatan canggih dan moden selain ramai pakar perubatan. Pusat ini akan memberi perkhidmatan terbaik dan layanan kepada pelancong.

“Saya yakin MHX ini akan dapat menarik ramai pengunjung tambahan selepas Malaysia melonggarkan syarat kemasukan pelancong sejak 1 Ogos,” kata Azrul Shah Mohamad menerusi kenyataan.

Beliau mengetuai delegasi Selangor yang turut disertai wakil Pusat Kesihatan MSU, Hospital Regen Rehan dan Dental Republik memfokuskan kepada rawatan bariatrik, rehabilitasi dan pergigian.

MHX dianjurkan di Pusat Beli-belah Centre Point itu turut disertai beberapa pemain industri bagi meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada orang awam berhubung perkhidmatan rawatan kesihatan dalam negara ini.

Pada Januari, Tourism Selangor menyertai ekspo sama di Jakarta selain turut terbabit pada Februari 2020.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.