SHAH ALAM, 12 FEB: Bekalan air di kawasan terjejas apabila Logi Rawatan Air (PRA) dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang semalam mencapai tahap 57 peratus sehingga 3 petang ini.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 12 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan agar jabatan dan agensi di bawah kelolaannya mengadakan program bersifat lebih interaktif berhubung peranan dimainkan mereka kepada orang ramai. Timbalan Menterinya berkata program larian ‘IMR 123 Fun...
KLANG, 12 FEB: Hampir 7,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menerima manfaat menerusi program Jualan Ehsan Rakyat (JER), kata wakil rakyatnya.
SHAH ALAM, 11 FEB: Pemohon Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dinasihat supaya melengkapkan permohonan dengan maklumat tepat dan tidak mengelirukan, kata EXCO kebajikan masyarakat.
SHAH ALAM, 12 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meningkatkan tindakan kawalan bagi mengatasi masalah pencemaran susulan penemuan bau seakan diesel di kawasan muka sauk Logi Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang malam tadi.
SUBANG JAYA, 11 FEB: Selimut, khemah musim sejuk, pemanas dan penjana kuasa elektrik adalah empat barang keperluan mendesak ketika ini di selatan Turkiye susulan gempa bumi Isnin lalu.
AMPANG, 11 FEB: Sebuah dewan berkonsepkan terbuka akan dibina di Kampung Pandan pada Mac depan menggunakan peruntukan RM500,000 Projek Selangor Penyayang, kata wakil rakyat Pandan Indah.
SUBANG JAYA, 11 FEB: Kira-kira 20 tan keperluan musim dingin dan beberapa barangan lain akan dihantar ke selatan Turkiye bagi membantu mangsa gempa bumi di wilayah itu.
GAZIANTEP (Turkiye), 11 FEB: Pasukan penyelamat negara MAS-01 SMART berjaya menyelamatkan lima mangsa gempa bumi di kawasan runtuhan bangunan kediaman enam di Nurdagi di sini pada 2.20 petang waktu tempatan Sabtu (7.20 malam waktu Malaysia).
SEPANG, 11 FEB: Permukaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal dinaik taraf bermula Mac ini bagi menjamin keselamatan pengguna terutama apabila penganjuran perlumbaan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia diadakan November ini.
SHAH ALAM, 11 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga merekodkan peningkatan lebih 30 peratus permohonan baharu Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
PUTRAJAYA, 11 FEB: Masalah yang dihadapi negara ketika ini adalah dari segi ekonomi dan tadbir urus yang harus diberi fokus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AMPANG, 11 FEB: Penduduk di Kampung Perwira Jaya kini boleh menarik nafas lega apabila dewan yang dibina sejak 2017 sudah mula digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini, hari ini.
AMPANG, 11 FEB: Sebanyak RM5 juta diperuntuk bagi pemasangan lampu solar di seluruh Selangor yang bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, kata EXCO infrastruktur dan kemudahan awam.
SHAH ALAM, 11 FEB: Kerajaan diseru menyediakan peruntukan tambahan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2023 bagi memperkasa sistem kesihatan negara, kata EXCO kesihatan awam.
JAKARTA, 11 FEB: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda wilayah Sulawesi Utara di Indonesia pada Sabtu, namun tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
PUTRAJAYA, 11 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia demi kebajikan anak-anak selain meningkatkan mutu pendidikan negara.
SHAH ALAM, 11 FEB: Seluruh daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
SHAH ALAM, 11 FEB: Kerajaan Negeri meluluskan Geran Rumah Perlindungan bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS) kepada lebih lima pengendali pusat kebajikan yang berdaftar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.