AGENDA

Pasukan SMART selamatkan lima mangsa gempa bumi Turkiye

11 Feb 2023, 2:17 PM
Pasukan SMART selamatkan lima mangsa gempa bumi Turkiye

GAZIANTEP (Turkiye), 11 FEB: Pasukan penyelamat negara MAS-01 SMART berjaya menyelamatkan lima mangsa gempa bumi di kawasan runtuhan bangunan kediaman enam di Nurdagi di sini pada 2.20 petang waktu tempatan Sabtu (7.20 malam waktu Malaysia).

Komander Kontinjen MAS-01 SMART Mohd Khairul Jamil berkata mangsa yang diselamatkan terdiri daripada dua wanita, seorang lelaki dewasa serta masing-masing seorang remaja lelaki dan perempuan.

“Pasukan itu bergerak ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 1.3 kilometer dari Stadium Nurdagi yang menempatkan kem pasukan pada 11 pagi (4 petang waktu Malaysia) dan berjaya mengesan lima mangsa terbabit pada 1 tengah hari (6 petang waktu Malaysia) menggunakan peralatan khas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata MAS-01 SMART kini berusaha mengesan seorang bayi dan pihaknya juga telah menggerakkan pasukan kedua untuk ke lokasi sama bagi melakukan pencarian.

Katanya mangsa diserahkan kepada anggota paramedik tempatan bagi tindakan lanjut.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.