SHAH ALAM, 21 DIS: Merawat mangsa banjir yang putus jari antara pengalaman yang dilalui paramedik Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini sejak Jumaat lalu.
SHAH ALAM, 21 DIS: Lebih 100 kawasan di Hulu Langat yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan bekalan dari Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan LRA Sungai Langat, telah pulih sepenuhnya.
SHAH ALAM, 21 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menyelamatkan 19 mangsa termasuk lima kanak-kanak dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Peras di Kuala Klawang, Hulu Langat semalam.
SEPANG, 21 DIS: Hasrat seorang lelaki yang sanggup meredah banjir bagi mencari tempat selamat selepas kawasan perumahannya dilanda banjir tidak kesampaian, apabila dia ditemukan mati lemas di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil semalam.
SHAH ALAM, 21 DIS: Bilangan kenderaan yang banyak ditenggelami banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini antara cabaran yang dilalui anggota pasukan keselamatan ketika menjalankan operasi menyelamat pada waktu malam.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Tempoh 24 jam tanpa hujan lebat di beberapa negeri sedikit memberikan kelegaan dan kegembiraan buat mangsa terjejas dengan banjir yang telah memasuki hari ketiga semalam.
SHAH ALAM, 20 DIS: Seramai 20 kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) terlibat dalam operasi misi bantuan mangsa banjir di sekitar kawasan Sri Muda Seksyen 25, Seksyen 23, Seksyen 19 dan Kota Kemuning di sini.
SHAH ALAM, 12 DIS: Kebanyakan kenderaan yang masih dalam proses pembaikan di bengkel milik seorang mekanik rosak teruk berikutan banjir di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong di sini sejak Jumaat.
SUBANG JAYA, 20 DIS: Suri rumah yang terperangkap dalam bilik tidur bersama dua anak termasuk seorang menghidap autisme terpaksa keluar melalui tingkap rumahnya di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong di sini Sabtu lalu.
SHAH ALAM, 20 DIS: Team Selangor mengedarkan 700 pek makanan kepada mangsa banjir di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini semalam.
SHAH ALAM, 20 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli menyertai misi bantuan menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Kampung Baru Hicom hari ini.
SHAH ALAM, 20 DIS: Semakin ramai mangsa banjir sekitar Taman Sri Muda dan Seksyen 25 di sini dipindahkan menggunakan 30 bot Pasukan Gerakan Am dan bomba, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 20 DIS: Seramai 32,044 mangsa banjir ditempatkan di 162 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10 pagi tadi.
SHAH ALAM, 20 DIS: Seramai 1,715 mangsa banjir sekitar Kuala Selangor ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8.30 pagi.
SHAH ALAM, 20 DIS: Mangsa banjir terutama pelajar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan berteduh di Pustaka Raja Tun Uda di sini sejak Sabtu lalu untuk mengulangkaji pelajaran dalam suasana selesa.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Situasi banjir yang melanda di beberapa negeri bertambah buruk pada sebelah petang apabila lebih 34,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding lebih 21,000 orang pada tengah hari semalam.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Malaysia ditunjukkan jalan keluar daripada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas tewas 1-4 di tangan musuh tradisi Indonesia, pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Simpanan bertahun-tahun seorang mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor, Bandar Tun Razak, di sini, hilang begitu sahaja apabila wang tunai RM40,000 miliknya hangus dijilat api.
KUANTAN, 20 DIS: Kira-kira 450 individu terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan yang terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat tanah runtuh dan banjir sejak semalam, telah dibawa keluar secara berperingkat termasuk menggunakan bot Lebuhraya Pantai Timur, dalam operasi bermula awal pagi ini.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Sepuluh individu dilapor hilang, dipercayai dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir di Pahang, dengan lapan daripadanya dipercayai melibatkan dua kejadian kepala air di Bentong.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.