AGENDA

32,000 mangsa bah dipindah ke 162 pusat sementara, lebih separuh di Klang

20 Dis 2021, 3:51 AM
32,000 mangsa bah dipindah ke 162 pusat sementara, lebih separuh di Klang

SHAH ALAM, 20 DIS: Seramai 32,044 mangsa banjir ditempatkan di 162 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10 pagi tadi.

Dato' Menteri Besar memaklumkan kesemua PPS itu melibatkan seluruh sembilan daerah di negeri ini.

"Klang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 18,858 individu," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata sebanyak 73 jalan ditutup melibatkan sembilan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), susulan banjir yang masih belum surut setakat 4 pagi tadi.

Jalan-jalan tersebut adalah di bawah penyeliaan IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (dua); Klang Utara (sembilan); Sungai Buloh (dua); Subang Jaya (11); Kuala Langat (27); Sepang (lima); Shah Alam (enam); Klang Selatan (10) dan Hulu Selangor (satu).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.