AGENDA

30 bot bantu pindahkan mangsa banjir Taman Sri Muda

20 Dis 2021, 4:21 AM
30 bot bantu pindahkan mangsa banjir Taman Sri Muda

SHAH ALAM, 20 DIS: Semakin ramai mangsa banjir sekitar Taman Sri Muda dan Seksyen 25 di sini dipindahkan menggunakan 30 bot Pasukan Gerakan Am dan bomba, kata Dato' Menteri Besar.

Menjelaskan air mulai surut pada paras kedalaman satu hingga dua meter, Dato' Amirudin Shari juga menjelaskan sebahagian penduduk tidak mahu berpindah.

"Tumpuan utama waktu ini adalah bekalan makanan," katanya menerusi Twitter hari ini.

Menurut Bernama yang memetik pasukan penyelamat di lapangan, kedalaman air di taman berkenaan pada paras dua kaki setakat 11.50 pagi. Namun, beberapa kawasan mencecah paras empat hingga lima kaki.

Amirudin turut menjelaskan mangsa banjir di Kampung Baru Hicom di sini pula dibantu pasukan Briged ke 10 Tentera Darat dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Menjunjung kasih atas ikhtiar Duli Yang Teramat Mulia (Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah) membawa pasukan sokongan angkatan tentera darat," kata beliau lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.