ANKARA, 5 NOV: Sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak tahun lalu kepada 43,374 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu semalam.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kaedah penentuan golongan T15, usaha pencarian MH370 serta langkah kerajaan dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.
SHAH ALAM, 5 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di empat lokasi pagi ini.
JERTIH, 1 NOV: Usaha seorang peniaga menawarkan hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal jenis SYM bernilai hampir RM4,000 melalui pembelian daging di gerainya di AgroBazaar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kampung Nyior Tujuh di sini hari ini, menarik perhatian ramai.
GAZA, 1 NOV: Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin dan mencederakan 186 yang lain, menurut laporan perubatan.
SHAH ALAM, 1 NOV: Pentadbiran Presiden Indonesia yang baharu, Prabowo Subianto dijangka bakal mencetus era baharu hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia yang sedia akrab, kata Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Kerajaan mempertimbang untuk mengadakan program mempertemukan universiti atau institut latihan pertahanan antara negara Asia Tenggara bagi mengadakan aktiviti bersesuaian sempena Kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan.
KLANG, 1 NOV: Wakil rakyat Pandamaran akan bertemu EXCO berkaitan mengenai kewujudan tapak pembuangan sampah haram di Jalan Arang, Pandamaran yang dikesan sejak sebulan lalu.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025 kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Siasatan berhubung kes pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera penuntut senior akan dilaksanakan Kementerian Pertahanan.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Tujuh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan dijadual pulang ke tanah air hari ini selepas hampir dua bulan ditahan di pusat tahanan imigresen Kemboja.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh bertolak ansur sama sekali dengan mereka yang menanam sifat kebencian antara kaum di negara ini.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM), untuk tidak berkompromi dengan budaya samseng, buli dan gangsterisme di institusi pendidikan masing-masing.
KUALA LUMPUR, 1 NOV: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari 2025 di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur.
PUTRAJAYA, 1 NOV: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
KUALA LUMPUR, 31 OKT: Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar mendedahkan Nidzam Jamil pernah meluahkan hasrat meletak jawatan sebagai pengendali Gergasi Merah, sebelum ini.
PUTRAJAYA, 31 OKT: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Oktober di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.
SHAH ALAM, 31 OKT: Tourism Selangor akan mengadakan Selangor Travel Fair buat julung kalinya dari 1 hingga 3 November ini di Sunway Pyramid.
KUALA LUMPUR, 31 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani anjuran Kementerian Digital di Sentul Depoh, di sini, pagi ini.
Oleh Intan Syuhada Akhir Masa kecilnya, Santesh penyanyi India yang terkenal dengan lagu Amalina cukup takut dengan sambutan Deepavali. Tiba saja perayaan itu, dia mula berdebar. Perkara paling digeruninya adalah mandi minyak. Tradisi wajib kaum itu ketika pesta cahaya bermula. Shantesh...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.