PUTRAJAYA, 20 MAC: Projek rintis sekolah bertingkat bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang bermula tahun ini bagi menangani isu sekolah padat.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 3,694 orang setakat 8 malam ini, berbanding 2,550 orang yang direkodkan petang tadi.
SEPANG, 20 MAC: Seramai 60,726 usahawan sudah menerima manfaat Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menerusi pembiayaan berjumlah RM858,068,500 sejak 2015 hingga Februari tahun ini.
KOTA BHARU, 20 MAC: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 38,580 biji kelapa dalam serbuan di stor pangkalan haram Sekam Padi di Kampung Simpangan, Tumpat, semalam.
GOMBAK, 20 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima bayaran zakat lebih RM4 juta daripada tiga syarikat sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat Gombak.
SHAH ALAM, 20 MAC: KDEB Waste Management (KDEBWM) sentiasa bersiap siaga memastikan perkhidmatan kutipan sampah di Selangor berjalan lancar sepanjang Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Harsheeta Sai, kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menghidap komplikasi jantung serius.
SHAH ALAM, 20 MAC: Umat manusia diseru memperkukuh amalan rohani dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT sebagai persiapan menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.
SHAH ALAM, 20 MAC: Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tempoh jagaan adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek dan datuk saudaranya selama dua bulan lagi.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bakal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang berlangsung 24 Mei depan.
JOHOR, 20 MAC: Sesi pembelajaran di 20 sekolah di negeri ini terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Polis menahan penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Aidilfitri, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
NEW YORK, 19 MAC: Lebih 170 kanak-kanak terbunuh ketika serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi semalam, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
KUALA LUMPUR, 19 MAC: Sebanyak 46 kertas siasatan dibuka berhubung kes skim penipuan pelaburan ‘SILEGX’ di seluruh negara yang melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
PUTRAJAYA, 19 MAC: Kabinet bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian dengan Ocean Infinity (United Kingdom) bagi meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KLANG, 19 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menyerahkan sumbangan RM11.7 juta kepada 27 Rumah Pemulihan Riqab (RPR) menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab bagi membantu kebajikan kumpulan asnaf itu.
SHAH ALAM, 19 MAC: Hari kiamat adalah peristiwa yang pasti berlaku dengan al-Quran memberikan gambaran jelas mengenai kejadiannya.
SERDANG, 19 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama 1,000 warga Universiti Putra Malaysia (UPM) di Dataran Masjid UPM di sini, hari ini.
SHAH ALAM, 19 MAC: Tambahan setengah bulan gaji menjadikan bantuan kewangan berjumlah sebulan setengah sempena Aidilfitri yang diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini menggembirakan kumpulan penjawat awam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.