KOTA BHARU, 20 MAC: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 38,580 biji kelapa dalam serbuan di stor pangkalan haram Sekam Padi di Kampung Simpangan, Tumpat, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan kira-kira 1.30 tengah hari selepas pasukan Batalion 7 PGA menahan sebuah treler.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan 38,580 biji kelapa di dalam treler dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran melalui pangkalan haram.
"Pemandu treler iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun dan keseluruhan barangan rampasan dianggar bernilai RM1.03 juta termasuk treler dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut mengikut Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965,” katanya dalam kenyataan hari ini.
- BERNAMA