Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.
SERDANG, 30 MAC: Penjaja belon Muhamad Za’imuddin Azlan yang didakwa dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diberikan bimbingan dan sokongan untuk mendapatkan lesen penjaja selepas beliau pulih kelak, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Wilayah Persekutuan Datuk Azman Abidin.
KOTA KINABALU, 30 MAC: Dua termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut apabila kereta dinaiki bersama lima yang lain terbabit kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 30 MAC: Tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan seorang penjaja belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman Jumaat lalu, direhatkan sementara daripada tugas.
JAKARTA, 30 MAC: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan perairan barat Acheh hari ini, lapor Xinhua memetik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG).
SHAH ALAM, 30 MAC: Sebelum melaksanakan ibadah haji, umat Islam perlu memahami sejelas-jelasnya konsep kemampuan (istito’ah) yang menjadi satu daripada syarat wajib menunaikan rukun Islam kelima itu.
SUBANG, 30 MAC: Seramai 50 anggota dan pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Naypyidaw, Myanmar pagi ini bagi misi bantuan kemanusiaan serta menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.
ISTANBUL, 30 MAC: Israel merampas lebih 12,800 ekar tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober 2023, menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok Palestin semalam, lapor Anadolu Ajansi.
Oleh Dewi Abdul Rahman SHAH ALAM, 30 MAC: Terlelap seketika ketika memandu atau microsleep boleh menjadi ancaman besar di jalan raya seterusnya membawa risiko kemalangan yang meragut nyawa dalam sekelip mata. Tanda awal seperti mata berat, kerap menguap, dan kepala tersengguk-sengguk tidak...
IPOH, 30 MAC: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 21 kenderaan berat dikesan gagal mematuhi arahan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan sempena Aidilfitri yang dikuatkuasakan semalam.
JOHOR BAHRU, 30 MAC: Bayi perempuan berusia setahun maut dipercayai dilanggar bapanya ketika mahu mengalihkan kereta Proton X50 keluar dari garaj sebuah rumah di Taman Desa Harmoni di sini, semalam.
ISTANBUL, 30 MAC: Umat Islam di kebanyakan negara Arab menyambut Aidilfitri hari ini, menandakan berakhirnya Ramadan.
KOTA BHARU, 30 MAC: Polis Kelantan memperketatkan kawalan sempadan berikutan jangkaan berlaku aktiviti rentas sempadan secara haram menjelang sambutan Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 30 MAC: Kerajaan Negeri sedia menghulurkan bantuan susulan jika diperlukan dalam misi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana gempa bumi di Myanmar.
KUANTAN, 29 MAC: Pesara guru kerugian RM200,000 selepas terperdaya dengan penipuan menerusi panggilan telefon pada 14 Februari lalu.
PUTRAJAYA, 29 MAC: ASEAN bersedia membantu Myanmar dan Thailand dalam usaha tindak balas bencana susulan gempa bumi semalam selaras dengan keutamaan yang ditetapkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
BATU PAHAT, 29 MAC: Jemaah sebuah masjid di negeri ini dinasihatkan untuk qada (mengganti) puasa mereka setelah didapati berbuka tiga minit awal daripada waktu sebenar, baru-baru ini.
GOMBAK, 29 MAC: Anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang akan bertanding di pelbagai peringkat pemilihan parti diseru memanfaatkan peluang untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kekuatan secara bersama.
MANDALAY (Myanmar), 29 MAC: Seramai 1,002 orang terbunuh, 2,376 cedera dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat hari ni, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.
Oleh Nur Azyyati Omar SHAH ALAM, 29 MAC: Pemilihan hotel kucing yang bersih dan selamat menjamin kegembiraan si manja ketika pemilik haiwan itu pulang beraya. Doktor haiwan dari Super Pawers Animal Clinic Dr Mohamad Hafizi Saidon berkata, pemilihan hotel kucing perlu berikutan tekanan...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.