ad
AGENDA

Gempa bumi landa Acheh, tiada amaran tsunami dikeluarkan

30 Mac 2025, 6:26 AM
Gempa bumi landa Acheh, tiada amaran tsunami dikeluarkan

JAKARTA, 30 MAC: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan perairan barat Acheh hari ini, lapor Xinhua memetik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG).

BMKG pada awalnya menganggarkan magnitud pada 5.4 sebelum menyemak semula kepada 5.2.

Gegaran berlaku pada 9.58 pagi waktu Jakarta (0258 GMT), dengan pusat gempa terletak 16 kilometer (km) timur laut Banda Aceh pada kedalaman 12 km di bawah permukaan bumi.

Menurut Ketua Bahagian Mitigasi Gempa dan Tsunami BMKG Daryono, kekuatan gegaran dicatatkan pada tahap IV MMI di Banda Aceh dan Aceh Besar, III MMI di Takengon, serta II hingga III MMI di Pidie, Pidie Jaya dan Sabang.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan gempa itu tidak berpotensi mencetuskan ombak besar.

- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.