KUALA LUMPUR, 26 OKT: Polis menafikan berlakunya insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi.
ALOR GAJAH, 26 OKT: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
KUALA BERANG, 26 OKT: Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori dan kereta Perodua Myvi di KM86 Jalan Gua Musang-Lojing semalam, selamat dikebumikan pagi tadi.
SHAH ALAM, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.
KUALA LUMPUR, 26 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesihatan mental bagi menangani individu tidak siuman menggunakan "tiket" kesihatan mental untuk bebas daripada hukuman berat.
PUTRAJAYA, 26 OKT: Malaysia menghargai sokongan kuat dan tegas Ethiopia dalam usaha negara untuk menjadi rakan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 26 OKT: Lapan individu cedera dengan dua daripadanya tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor- Teluk Intan, Sekinchan pagi tadi.
KOTA BHARU, 26 OKT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan 16 ekor lembu dianggarkan bernilai RM156,000 selepas menahan sebuah lori di Jalan Kasban dekat Jeram Perdah, Pasir Mas semalam.
PUTRAJAYA, 26 OKT: Malaysia mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas negara berdaulat Iran, terutamanya di Tehran, Karaj, Kashan, Mashhad dan Shiraz pada awal pagi hari ini.
KLANG, 25 OCT: Penghulu, ketua kampung dan penggawa perlu bersikap fleksibel serta tangkas dalam menyesuaikan diri dengan perubahan susulan perkembangan pesat kemajuan teknologi masa kini.
IPOH, 25 OKT: Seorang pelancong warga Jepun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di KM230.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Taiping tengah hari semalam disahkan meninggal dunia.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
SHAH ALAM, 25 OKT: Enam kereta yang diparkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam dekat sini rosak akibat dihempap papan tanda dalam kejadian angin kencang petang tadi.
SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan cuaca panas yang melanda beberapa kawasan sudah reda dengan hujan di kebanyakan tempat hari ini.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Lebih separuh daripada 422 syor penambahbaikan sistem dan prosedur yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pelbagai agensi berjaya dilaksanakan dengan baik.
KOTA BHARU, 25 OKT: Tiga lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas akibat taufan Tropika Kristine (Trami) yang menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan mengakibatkan ratusan penduduk di Filipina dipindahkan.
IPOH, 25 OKT: Tindakan ikhlas seorang lelaki memberi wang tunai kepada kanak-kanak berusia lima tahun telah disalah erti sebagai mahu menculik kanak-kanak itu.
CYBERJAYA, 23 OKT: Lebih 1,400 individu mendapatkan bantuan khidmat perundingan dan rawatan setiap tahun menerusi program Selangor Mental Sihat (SEHAT) sejak diperkenal Kerajaan Negeri pada 2021.
PUTRAJAYA, 23 OKT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang menjadi mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, Selangor Isnin lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.