SHAH ALAM, 26 OKT: Dato' Menteri Besar hari ini meluncurkan dua buku Bicara al-Quran Tentang Status Kehambaan Manusia serta Islam dan Dakwah Ummah terbitan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).
Dato' Seri Amirudin Shari meluncurkan buku selepas merasmikan Seminar Fiqh Ta'ayush : Hidup Damai dalam Komuniti Asean yang dianjurkan sempena Muktamar Nasional Kali Ke-9 Wadah.
Amirudin berkata pendekatan diambil Wadah selaku badan pemikir dengan menganjurkan seminar tersebut sangat diperlukan khususnya dalam menangani isu perpaduan yang berlaku di dunia dan kehidupan masyarakat pada masa kini.
[caption id="attachment_670101" align="aligncenter" width="1026"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan buku Bicara al-Quran Tentang Status Kehambaan Manusia serta Islam dan Dakwah Ummah terbitan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) kepada wakil penulis buku ketika majlis perasmian Seminar Fiqh Ta'ayush : Hidup Damai dalam Komuniti Asean di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 26 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Pelaksanaan program kecerdasan ummah penting terutama dalam menjelaskan kaedah kontemporari dengan memperkenal konteks maqasid dalam masyarakat yang telah dilaksana sekian lama.
"Dalam konteks ini, ia sangat diperlukan supaya dapat menangani isu perpaduan yang akhirnya mengembalikan aspek kedamaian, keharmonian dalam masyarakat Malaysia berbilang kaum," katanya.
Buku Bicara al-Quran Tentang Status Kehambaan Manusia setebal 416 halaman itu menghimpunkan 76 siri kuliah tafsir tokoh pemikir Islam, Siddiq Fadzil merangkumi 39 tajuk berkaitan lima tema yang relevan dengan konteks semasa.
[caption id="attachment_670110" align="aligncenter" width="1044"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani poster buku Bicara al-Quran Tentang Status Kehambaan Manusia serta Islam dan Dakwah Ummah terbitan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) ketika majlis perasmian Seminar Fiqh Ta'ayush : Hidup Damai dalam Komuniti Asean di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 26 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Manakala Islam dan Dakwah Ummah karya Ab Halim Ismail mempunyai 226 halaman merupakan nukilan beliau selaku pimpinan Utama Wadah dengan mengumpulkan 47 tajuk yang disusun kepada enam.
Berucap pada majlis perasmian, Amirudin menjelaskan dunia pada masa kini berdepan dengan cabaran memastikan kejituan ilmu dan maklumat yang dicampur antara kebenaran dan fitnah.
"Mutakhir diperlukan untuk memastikan sesuatu ilmu itu dapat dimuktamadkan terutama ketika berdepan dengan situasi yang semakin hari lebih mencabar.
"Walaupun belum memasuki kecerdasan buatan (AI), kita berdepan dengan hiruk-pikuk, lintang-pukang maklumat, komunikasi dengan wujudnya media sosial.
"Ini situasi berat yang perlu kita hadapi bersama pada masa kini kerana walaupun pada awalnya AI bermatlamat berkongsi maklumat tetapi kini menjadi ancaman sama ada pemikiran, keyakinan dan akidah dalam komuniti," katanya.
[caption id="attachment_670102" align="aligncenter" width="1017"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama peserta selepas merasmikan Seminar Fiqh Ta'ayush : Hidup Damai dalam Komuniti Asean di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 26 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]


