ad
AGENDA

Hujan lebat dijangka seluruh Selangor, KL, Putrajaya hingga 5 petang

26 Okt 2024, 7:39 AM
Hujan lebat dijangka seluruh Selangor, KL, Putrajaya hingga 5 petang

SHAH ALAM, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Beberapa kawasan di Kelantan, Sarawak dan Sabah juga diramal alami keadaan sama.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.