SHAH ALAM, 28 OKT: Sejumlah 60 projek pembangunan permainan digital melibatkan dana keseluruhan RM36.7 juta diluluskan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) setakat ini, kata menteri digital.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 29 dan 30 Oktober sempena sambutan Deepavali.
NILAI, 27 OKT: Dua usahawan cacat penglihatan membuktikan kekurangan fizikal bukan halangan untuk mencapai kejayaan, dan kesungguhan mereka menguruskan pusat urut saraf selama 20 tahun wajar dijadikan inspirasi kepada masyarakat.
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meletakkan kepala khinzir di sebuah gerai menjual roti canai di Bandar Teknologi Kajang dekat sini pada 11 Oktober lalu.
GEORGE TOWN, 27 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiada unsur kerja berlebihan atau buli dalam kes kematian seorang doktor di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini yang didakwa berpunca akibat dibuli ketika dalam perkhidmatan.
IPOH, 27 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mahukan supaya pemilihan parti itu disegerakan.
IPOH, 27 OKT: Kerajaan belum memutuskan pengelasan pendapatan bagi golongan T15 (kumpulan pendapatan 15 peratus teratas) berkaitan penyasaran subsidi petrol kerana perkara itu masih diteliti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA, 27 OKT: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menundukkan seteru utama Selangor FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya di sini malam ini.
SHAH ALAM, 27 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia memberi khidmat nasihat dan latihan bagi memastikan penubuhan Unit Integriti di 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
KLANG, 27 OKT: Sebanyak 500 Kupon Digital Rahmah bernilai RM10 diedar kepada orang ramai di bazar Deepavali Jalan Tengku Kelana di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Seorang ahli farmasi Malaysia yang bekerja di Melbourne ditemukan mati di kediamannya Rabu lalu disyaki dibunuh, menurut laporan media Australia.
SEPANG, 27 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli ke program Ziarah Kasih Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) ke anjung selatan Selangor, hari ini.
SUNGAI PETANI, 27 OKT: Hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadualkan bermula Januari 2025, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
KUALA KANGSAR, 27 OKT: Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India ketika mesyuarat lapan negara asas BRICS.
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di Aeon Big Subang Jaya, Jalan Kemajuan Subang, Selangor 12 tengah hari, Jumaat lalu.
GEORGE TOWN, 27 OKT: Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini semalam dilaporkan stabil.
KUALA LUMPUR, 26 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memenangi tiga anugerah berprestij pada PropertyGuru Asia Awards Malaysia in partnership with iProperty yang berlangsung di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
PUTRAJAYA, 26 OKT: Kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera ibu bapanya, seperti tular di laman sosial media Khamis lalu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, semalam.
SHAH ALAM, 26 OKT: Dato' Menteri Besar hari ini meluncurkan dua buku Bicara al-Quran Tentang Status Kehambaan Manusia serta Islam dan Dakwah Ummah terbitan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.