ad
AGENDA

Kupon digital galak pendigitalan dalam perniagaan, usaha ke arah negeri pintar

27 Okt 2024, 12:02 PM
Kupon digital galak pendigitalan dalam perniagaan, usaha ke arah negeri pintar
Kupon digital galak pendigitalan dalam perniagaan, usaha ke arah negeri pintar
Kupon digital galak pendigitalan dalam perniagaan, usaha ke arah negeri pintar
Kupon digital galak pendigitalan dalam perniagaan, usaha ke arah negeri pintar
Kupon digital galak pendigitalan dalam perniagaan, usaha ke arah negeri pintar

KLANG, 27 OKT: Sebanyak 500 Kupon Digital Rahmah bernilai RM10 diedar kepada orang ramai di bazar Deepavali Jalan Tengku Kelana di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata edaran kupon sempena jelajah Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar Deepavali itu bagi menggalakkan pendigitalan perniagaan dalam kalangan peniaga.

“Ia adalah sebahagian daripada peralihan kepada pendigitalan, menggalakkan mereka mendaftarkan diri (dalam PLATS) dan menggunakan platform dalam talian untuk gerbang pembayaran.

[caption id="attachment_670238" align="aligncenter" width="947"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengimbas kod QR Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) ketika lawatan ke bazar Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 27 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya percaya ini adalah satu pintu yang boleh membuka ruang kepada peniaga masuk dalam era digital untuk memperdagang barangan mereka.

“Jadi usaha ini kita akan teruskan kerana (hasrat) ‘Negeri Pintar’ bukan hanya teknologi termoden tetapi penggunaan dan aplikasi dalam kalangan rakyat,” katanya ditemui selepas melawat bazar berkenaan.

Amirudin meluangkan masa kira-kira 45 minit bertemu dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar itu selain turut mengedarkan duit raya kepada kanak-kanak.

[caption id="attachment_670236" align="aligncenter" width="1015"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (dua, kanan) dan Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kiri) memegang replika Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) ketika lawatan ke bazar Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 27 Oktober 2024. Turut serta Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj (kanan) serta Pengarah Lesen Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Zety Aziana Abdul Rahman (kiri). Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau turut turut memenuhi permintaan pengunjung yang mahu bergambar dan berswafoto bersamanya.

Sebelum ini Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata 40,333 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdaftar dengan PLATS sejak diperkenal pada 2020.

Menurut Ahmad Azri Kerajaan Negeri menyasar 50,000 peniaga menyertai PLATS menjelang tahun depan.

[caption id="attachment_670237" align="aligncenter" width="1146"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan Deepavali kepada pengunjung ketika lawatan ke bazar Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 27 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_670239" align="aligncenter" width="1068"] Pengunjung mengimbas kod QR Kupon Digital Rahmah bernilai RM10 di bazar Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 27 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.