SHAH ALAM, 22 JUN: Jumlah pendaftaran pembelian Rumah Idaman melebihi tawaran apabila sebanyak 6,194 permohonan diterima berbanding hanya 4,631 unit rumah ditawarkan.
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa LUMUT, 22 JUN: Sebagai nelayan laut dalam, Che Lat, 61, tahu bahaya yang menunggunya saban hari ketika meredah ombak samudera demi sesuap nasi. Ancaman lanun dan nelayan asing - belum lagi mengambil kira ketidaktentuan cuaca - antara malang tidak berbau yang...
SELAYANG, 22 JUN: Sebanyak 11 sekolah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer dikenal pasti memerlukan kemudahan asas baharu dan baik pulih infrastruktur.
SHAH ALAM, 22 JUN : Kerja penambahbaikan sistem bekalan air yang dilaksanakan di Kolam Air Bukit Dengkil sudah siap sepenuhnya jam 7 pagi tadi.
SHAH ALAM, 22 JUN: Sebanyak 31 projek Rumah Idaman diluluskan Kerajaan Negeri dengan sasaran 78,182 unit rumah bagi memenuhi keperluan rakyat memiliki kediaman pertama.
SHAH ALAM, 22 JUN: Daerah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang hingga jam 9 pagi ini.
SHAH ALAM, 21 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang hingga jam 7 malam ini.
KLANG, 21 JUN: Kerajaan Negeri menyerahkan bantuan kewangan kepada 43 pelajar Sekolah Agama Menengah (SAM) Sultan Hisamuddin di Sungai Bertih di sini susulan kebakaran pada April lalu.
PETALING JAYA, 21 JUN: Golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu berpenyakit kronik digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua bagi meningkatkan imuniti mereka dalam mencegah dijangkiti Covid-19.
SHAH ALAM, 21 JUN: Daerah Hulu Langat, Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang ni.
Daripada Zalina Maizan Ngah MAKKAH, 21 JUN: Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan dan menjadi negara pertama yang mendapat permit untuk hospital beroperasi bagi musim haji 1443 Hijrah, kata Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Menurutnya berbanding negara lain,...
SHAH ALAM, 21 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) melaksanakan operasi membersihkan pasir dan mendapan di dalam longkang di sekitar Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Teratai di Ampang Jaya pada Ahad lalu.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan RM15.85 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 susut daripada RM19.29 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama 2021, berikutan kemerosotan ketara dalam pasaran dunia.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Pengecualian sewaan kantin dan premis dalam sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dilanjutkan enam bulan lagi bermula 1 Julai sehingga 31 Dis, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
SHAH ALAM, 21 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan program PJ Smart Ride pada Sabtu ini bersempena sambutan ulang tahun ke-16 pihak berkuasa tempatan itu.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Seramai 1,299,348 atau 36.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.
SUBANG JAYA, 21 JUN: Seramai 16 pemaju dan pemilik tanah didakwa di mahkamah sejak Januari lalu selepas gagal mematuhi Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 membabitkan denda sebanyak RM79,000.
SHAH ALAM, 18 JUN: Sebanyak 30 kereta mini klasik menyertai program konvoi bagi mempromosi ulang tahun ke-16 bandaraya Petaling Jaya.
SHAH ALAM, 18 JUN: Dato' Menteri Besar Dato' Sri Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi, pelakon dan pengacara Adibah Noor Mohamed Omar yang meninggal dunia petang tadi.
KUALA LUMPUR, 18 JUN: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.