AGENDA

Tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur diramal hujan hingga 7 malam

21 Jun 2022, 9:14 AM
Tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur diramal hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 21 JUN: Tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang hingga jam 7 malam ini.

"Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut membabitkan Bentong dan Bera di Pahang; Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak; Telupid, Beluran dan Sandakan di Sabah," kata

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.