Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun, Sabah meningkat

29 Nov 2026, 10:30 AM
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun, Sabah meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun, Sabah meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun, Sabah meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun, Sabah meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun, Sabah meningkat

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat setakat petang ini, manakala Selangor dan Perak semakin berkurang, dengan keseluruhan 1,284 orang masih berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri itu.

Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 935 orang daripada 317 keluarga, berbanding 883 orang daripada 295 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pertambahan 52 penduduk terjejas melibatkan tiga daerah sama iaitu Beaufort, Sook dan Nabawan.

Beaufort merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 348 orang, diikuti Sook (310) dan Nabawan (277).

Kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS dan tiada kematian atau mangsa terjejas di luar PPS dilaporkan.

Di Selangor, jumlah mangsa terus berkurang kepada 539 orang daripada 169 keluarga petang ini berbanding 549 orang daripada 171 keluarga pagi tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS masih dibuka di Kuala Langat, iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang yang menempatkan 499 mangsa, SK Orang Asli Bukit Tadom (26) dan Dewan Orang Ramai Kampung Labohan Dagang (14).

Di Perak, situasi semakin baik apabila banjir di Larut Matang dan Selama pulih apabila tujuh mangsa daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing tengah hari tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan 180 mangsa daripada 51 keluarga di daerah Manjung dan Hilir Perak masih ditempatkan di dua PPS.

Daripada jumlah itu, 129 mangsa daripada 38 keluarga berlindung di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung, manakala 51 orang daripada 13 keluarga berlindung di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan di Hilir Perak.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya melaporkan Jalan Padang Serai-Beruas masih ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan ribut petir pada sebelah petang dan malam ini di kesemua daerah di Perak.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.