Jumlah mangsa banjir Selangor meningkat kepada 934, Perak rekod 380 orang

10 Nov 2026, 3:44 PM
Jumlah mangsa banjir Selangor meningkat kepada 934, Perak rekod 380 orang
Jumlah mangsa banjir Selangor meningkat kepada 934, Perak rekod 380 orang

SHAH ALAM, 10 NOV: Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 934 orang daripada 263 keluarga yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor setakat jam 11.27 malam ini.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), angka itu menunjukkan pertambahan 51 mangsa dan 16 keluarga berbanding 883 mangsa daripada 247 keluarga yang direkodkan petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Maharaja Lela, SK Parit Mahang, Sekolah Rendah Agama Bukit Kuching, Sekolah Agama Batu 8 Ijok dan SK Jaya Setia.

Kuala Selangor kekal sebagai satu-satunya daerah di Selangor yang merekodkan mangsa banjir di PPS berdasarkan kemas kini berkenaan.

Sementara itu, jumlah mangsa tanah runtuh di Gombak kekal 20 orang daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Kenanga.

Tiada perubahan direkodkan bagi jumlah PPS yang dibuka susulan kejadian tanah runtuh itu.

Di Perak, seramai 380 mangsa banjir daripada 108 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS yang dibuka di dua daerah setakat jam 9.27 malam.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.