Seluruh Selangor dijangka ribut petir, hujan lebat hingga tengah malam

18 Nov 2026, 2:50 PM
Seluruh Selangor dijangka ribut petir, hujan lebat hingga tengah malam

SHAH ALAM, 18 NOV: Seluruh Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 12 tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran terkininya memaklumkan keadaan cuaca sama turut dijangka melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di tujuh negeri lain.

Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Port Dickson, manakala di Pahang membabitkan Rompin, Bera, Temerloh, Bentong dan Raub.

Amaran turut dikeluarkan bagi Langkawi, Sik, Padang Terap dan Baling di Kedah serta Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

Di Johor, kawasan dijangka terjejas ialah Kota Tinggi dan Mersing, sementara di Sarawak melibatkan Belaga, Kapit dan Bukit Mabong dalam Bahagian Kapit serta Tatau dan Sebauh di Bahagian Bintulu.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.