PKPS rancang sedia makanan terus dimakan untuk mangsa banjir Selangor

25 Nov 2026, 2:00 AM
PKPS rancang sedia makanan terus dimakan untuk mangsa banjir Selangor
PKPS rancang sedia makanan terus dimakan untuk mangsa banjir Selangor
PKPS rancang sedia makanan terus dimakan untuk mangsa banjir Selangor

SHAH ALAM, 25 NOV: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) merancang memasukkan makanan sedia dimakan (RTE) dalam pek retort sebagai sebahagian daripada stok simpanan makanan negeri bagi membantu mangsa bencana yang tidak mempunyai kemudahan memasak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata inisiatif itu antara usaha memperkukuh kesiapsiagaan Selangor menghadapi bencana, selain merancang meningkatkan stok simpanan makanan daripada satu bulan kepada tiga bulan.

“Antara perancangan kita adalah memastikan stok simpanan makanan bukan sahaja terdiri daripada bahan mentah, tetapi juga makanan sedia dimakan.

“Ketika bencana, kita tidak boleh hanya memberikan ayam seekor kepada mangsa kerana bagaimana mereka hendak memasaknya? Jadi, kita akan menyediakan makanan sedia dimakan,” katanya pada sidang media hari ini.

Mohamad Khairil berkata bekalan makanan di Selangor masih terkawal susulan penubuhan Gudang Makanan Selangor yang diarahkan Kerajaan Negeri kepada PKPS pada awal tahun ini.

Menurutnya, inisiatif itu diperkenalkan berdasarkan pengalaman ketika pandemik COVID-19, selain mengambil kira kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan kenaikan harga makanan ketika bencana serta musim perayaan.

Beliau berkata stok simpanan makanan membolehkan PKPS menyalurkan bekalan ke pasaran sekiranya berlaku kekurangan bekalan atau kenaikan harga.

“Apabila harga meningkat, kita akan mengeluarkan bekalan dari gudang ke pasaran bagi menurunkan harga supaya rakyat tidak terbeban,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.