SEL30: Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan bantu mahasiswa jimat kos

25 Nov 2026, 1:00 AM
SEL30: Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan bantu mahasiswa jimat kos
SEL30: Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan bantu mahasiswa jimat kos
SEL30: Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan bantu mahasiswa jimat kos

SHAH ALAM, 25 NOV: Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan menerusi inisiatif SEL30 dilihat mampu meringankan kos perjalanan mahasiswa, khususnya mereka yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan untuk urusan harian.

Bantuan itu juga membolehkan mahasiswa menggunakan wang saku bagi keperluan lain sepanjang tempoh pengajian.

Bagi pelajar Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Nur Elia Syafiqah Aznal Bakesh, 22, subsidi itu amat bermakna terutama kepada mahasiswa yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Pelajar Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Nur Elia Syafiqah Aznal Bakesh, 22,

“RM30 itu jumlah yang besar bagi mereka yang memerlukan, terutama pelajar yang bergantung kepada pengangkutan awam. Subsidi seperti ini sangat membantu dan wajar diteruskan,” katanya kepada Media Selangor.

Bagaimanapun, beliau berpandangan hebahan mengenai inisiatif berkenaan perlu diperluas supaya lebih ramai mahasiswa mengetahui dan memanfaatkan bantuan yang disediakan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri boleh menganjurkan program atau membuka reruai di kawasan universiti bagi menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif itu secara terus kepada golongan sasaran.

Sementara itu, Wan Nuryn Jazlina Wan Jamak yang juga pelajar UiTM Shah Alam berkata subsidi berkenaan dapat membantu mahasiswa menjimatkan perbelanjaan, khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan Rapid On-Demand.

Katanya, bantuan RM30 sebulan boleh digunakan untuk menampung sebahagian kos perjalanan, sekali gus mengurangkan peruntukan wang harian bagi tujuan pengangkutan.

Pelajar Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Wan Nuryn Jazlina Wan Jamak, 22,

“Kerajaan boleh mempromosikan subsidi ini menerusi platform media sosial seperti Instagram dan TikTok supaya lebih ramai pelajar mengetahui kewujudannya.

“Rugi bagi mahasiswa yang menetap di Selangor sekiranya tidak memanfaatkan bantuan ini kerana RM30 yang diberikan boleh membantu menampung kos pengangkutan mereka,” katanya.

Beliau turut menegaskan hebahan secara konsisten penting bagi memastikan mahasiswa mengetahui kaedah permohonan serta manfaat yang ditawarkan menerusi program berkenaan.

Bagi pelajar Perakaunan UiTM Shah Alam, Muhammad Azim Ismail, 20, pula subsidi itu memudahkan pergerakan mahasiswa ke pelbagai destinasi, termasuk ketika menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke rumah.

Katanya, inisiatif seumpama itu wajar diteruskan kerana memberi manfaat secara langsung kepada pengguna, terutama golongan pelajar yang perlu menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

Pelajar Perakaunan Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Muhammad Azim Ismail, 20,

“Bantuan subsidi seperti ini memang diperlukan dan saya berharap kerajaan dapat memperluas hebahannya supaya lebih ramai orang tahu serta mengambil peluang untuk memohon,” katanya.

Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan itu mula diperkenalkan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada Jun lalu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan perkhidmatan kereta api dan bas.

Menerusi Belanjawan Selangor 2027, program SEL30 diteruskan dengan peruntukan RM5 juta bagi memberi manfaat kepada 13,000 pengguna pengangkutan awam di negeri ini.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.