56 masjid, surau di Selangor dijangka siap menjelang 2029

23 Nov 2026, 4:30 AM
56 masjid, surau di Selangor dijangka siap menjelang 2029
56 masjid, surau di Selangor dijangka siap menjelang 2029

SHAH ALAM, 23 NOV: Sebanyak 56 rumah ibadat umat Islam membabitkan 19 masjid dan 37 surau di Selangor dijangka siap dibina secara berperingkat mulai tahun depan hingga 2029.

EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata daripada jumlah itu, 12 masjid dan sembilan surau dijadual siap pada 2027, diikuti dua masjid serta 17 surau pada 2028.

Menurutnya, baki lima masjid dan 11 surau pula dijangka siap pada 2029 dengan keutamaan pembinaan berdasarkan keperluan serta kepadatan penduduk, manakala pelaksanaan bergantung kepada dana.

“Berdasarkan rekod, bermula 2024 pembinaan rumah ibadah melonjak kepada 13 masjid berbanding tahun sebelumnya kerana ia mengikut dasar baharu peringkat persekutuan.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah ketikaa sidang media selepas menghadiri Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 17 November 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

“Dasar ini menetapkan Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri akan belanjakan 60 peratus (kos pembinaan), hanya 10 hingga 20 peratus sahaja dikeluarkan kariah.

“Berbanding sebelum ini 50 peratus kariah dan 50 peratus Kerajaan Negeri. Jadi dasar ini dapat menyegerakan pembinaan masjid,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Fahmi berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan kaedah penentuan merit untuk Kerajaan Negeri menilai dan menentukan kelulusan pembinaan infrastruktur awam seperti masjid dan sekolah.

Antaranya melibatkan kepadatan dan pertumbuhan penduduk, potensi pembangunan masa depan, penjajaran inisiatif, reputasi dan penyeimbangan, status tapak dan reputasi selain peruntukan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK).

“Pembinaan masjid atau sekolah diberi keutamaan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi atau mengalami peningkatan populasi yang mendadak bagi memastikan kemudahan sedia ada tidak sesak.

“Penilaian turut mengambil kira pelan perancangan bandar dan pembangunan jangka panjang seperti pembukaan taman perumahan baharu, zon perindustrian atau koridor ekonomi.

“Infrastruktur ini perlu dirancang lebih awal bagi menampung keperluan komuniti yang bakal berpindah masuk pada masa hadapan,” katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.