Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Hong Kong

22 Nov 2026, 8:22 AM
Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Hong Kong

SHAH ALAM, 22 NOV: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjuarai Terbuka Hong Kong selepas menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin pada aksi final, hari ini.

Pasangan pilihan kelapan itu mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-18 dalam tempoh 39 minit sekali gus meraih gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelapan mereka, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun tidak memulakan perlawanan dengan mudah apabila ketinggalan pada awal set pertama sebelum aksi semakin sengit dengan kedua-dua pasangan saling mengejar mata.

Namun, pasangan negara itu mula menemui rentak dan meningkatkan keyakinan untuk melebarkan jurang kepada 17-13 sebelum lawan bangkit merapatkan kedudukan sehingga 20-19. Wei Chong-Kai Wun akhirnya berjaya mengekalkan ketenangan untuk menutup set pertama 21-19.

Memasuki set kedua, pasangan negara terus menguasai permainan apabila mendahului selesa 11-3 pada interval sebelum meneruskan momentum untuk mengesahkan kemenangan 21-18.

Kejayaan itu turut menyaksikan juara Terbuka Perancis berkenaan mencatat kemenangan kedua dalam tiga pertemuan menentang pasangan Indonesia yang kini berada di ranking ke-18 dunia.

Sebagai ganjaran, Wei Chong-Kai Wun membawa pulang hadiah wang tunai AS$39,500 (RM162,500), manakala Leo-Daniel menerima AS$19,000 (RM78,200) sebagai naib juara.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.