ad

Jun Hao tewas di suku akhir Terbuka Hong Kong

12 Sep 2025, 3:09 PM
Jun Hao tewas di suku akhir Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2025 tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari China Li Shi Feng, hari ini.

Dalam aksi suku akhir di Hong Kong Coliseum, pemain ranking ke-23 dunia itu memaksa Shi Feng mengerah keringat sebelum akur tewas 20-22, 21-14, 20-22 dalam tempoh sejam 18 minit.

Kekalahan itu merupakan yang keenam buat Jun Hao dalam tujuh pertemuan mereka setakat ini, sekali gus menutup kempen perseorangan lelaki negara di kejohanan Super 500 berkenaan.

Esok, Shi Feng akan bertemu pemain Perancis Christo Popov pada perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut kandas di suku akhir selepas disingkirkan wakil China yang juga pilihan kedua kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 16-21, 10-21.

-- BERNAMA

TAG: sukan, badminton, Terbuka Hong Kong, Leong Jun Hao, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.