Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara suku akhir

8 Jan 2026, 1:41 PM
Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara suku akhir
Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara suku akhir

SHAH ALAM, 8 JAN: Dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mara ke suku akhir Terbuka Malaysia selepas menewaskan lawan mereka di pusingan kedua, hari ini.

Aaron-Wooi Yik menewaskan pasangan China, Chen Xu Jun-Liu Yang, dalam perlawanan selama 62 minit dengan kemenangan 21-14, 14-21, 21-14.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu dijadual berdepan sama ada gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju atau wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, di suku akhir esok.

Sementara itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menampilkan aksi cemerlang apabila mudah menundukkan gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dengan keputusan straight set 21-9, 21-15.

Pasangan nombor lima dunia itu hanya memerlukan 29 minit untuk menamatkan perlawanan sekaligus menambah rekod kemenangan mereka kepada 2-1 selepas tiga pertemuan menentang pasangan Jepun berkenaan.