Tanggungan 50 peratus pinjaman PTPTN diteruskan, manfaat lebih 4,000 anak Selangor

21 Nov 2026, 5:22 AM
Tanggungan 50 peratus pinjaman PTPTN diteruskan, manfaat lebih 4,000 anak Selangor
Tanggungan 50 peratus pinjaman PTPTN diteruskan, manfaat lebih 4,000 anak Selangor

GOMBAK, 21 NOV: Kerajaan Selangor merancang meneruskan inisiatif menanggung 50 peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi anak negeri pada tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu membabitkan peruntukan RM17 juta yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 4,000 anak Selangor.

"Program ini kita teruskan. Tahun ini kita bayar RM17 juta dan tahun depan kita akan bayar lagi RM17 juta, menjadikan keseluruhannya RM34 juta.

"Misalnya, jika pelajar menerima pinjaman RM7,000 setahun, RM3,500 sudah dibiayai kerajaan negeri dan mereka hanya perlu membayar baki RM3,500. Langkah ini mengurangkan beban hutang yang perlu dilunaskan mereka selepas tamat pengajian," katanya kepada media selepas merasmikan Perpustakaan Awam Selangor @Greenwood Gombak, hari ini.

Sementara itu Amirudin dalam ucapannya berkata, Selangor merancang menyediakan 150 komputer riba percuma bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2027 bagi membantu keperluan pelajar.

"Jika ada keperluan atau permintaan lebih, insya-Allah kerajaan negeri mempunyai kemampuan untuk menambah peruntukan bagi membantu pelajar," katanya.

Sebelum ini Kerajaan Negeri turut melaksanakan Inisiatif Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) yang menawarkan subsidi yuran pengajian 50 peratus.

Bantuan itu memberi impak positif apabila kemasukan pelajar, khususnya anak Selangor ke Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS) menunjukkan peningkatan.

Amirudin berkata bantuan itu melibatkan pembayaran separuh yuran pengajian oleh Kerajaan Negeri, manakala baki kos ditampung melalui pinjaman PTPTN.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.